Wi-Fi semakin popular dan menjadi satu perkataan yang melekat pada bibir pengguna IT masa kini. Namun tahukah anda apa itu Wi-Fi ? Kali ini anda boleh mengetahui apa itu Wi-Fi secara ringkas.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WI-Fl ?
Wi-Fi merupakan kependekan kepada Wireless Fidelity di mana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA ( Wireless Ethernet Compatibility Alliance ). Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar (broadband), titik capaian ( access point ) dan kad Wi-Fi yang diinstal didalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari Internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN TITIK CAPAIAN ( ACCESS POINT ) ?
Titik capaian adalah merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstal didalam komputer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku menerusi spesifikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel dengan komputer tersebut.
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN SPESIFIKASI 802.11 ?
802.11 adalah merujuk kepda spesifikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE ( Institute of Electrical and Electronic Engineers ). Teknologi Wi-Fi daikatakan tergolong dalam spesifikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 11 Mbps di dalam , jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b dimana kelajuannya lebih pantas.Teknologi 802.11a membenarkan perpidahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga di kenali sebagai Wi-Fi5 oleh WECA.
APAKAH PERBEZAAN DIANTARA WI-FI DENGAN ETHERNET ?
Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp clan ianya merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya, Ethernet digunakan dalam rangkaian LAN yang berwayar ( menggunakan kabel sepeti CAT5 untuk dihubungkan kejalurlebar ) manakala WiFi pula digunakan dalam rangkaian LAN tanpa wayar ( menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian yang seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar ).
APAKAH PERBEZAAN LAN DENGAN WLAN ?
LAN adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan wayar. MAN pula adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa menggunakan wayar. Konsep MAN adalah sama dengan LAN, misalnya dari segi penggunaan pelayan dan sistem pentadbiran. Bezanya, cuma dari segi medium iaitu MAN menggunakan gelombang radio manakala LAN menggunakan kabel untuk mentransmisikan data.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WI-FI HOTSPOT ?
Wi-Fi Hotspot adalah merujuk kepada satu kawasan khas dimana titik capaian di sediakan bagi membolehkan pengguna dihubungkan ke Internet menerusi isyarat gelombang Wi-Fi. Biasanya, pengguna-pengguna ini menggunakan komputer jenis mudah alih seperti notebook. Pada masa ini, Wi-Fi Hotspot boleh di dapati di lapangan terbang, hotel, kafe-kafe utama seperti StarBucks Coffee dan tempat-tempat tumpuan umum seperti kompleks membeli-belah dan pusat rekreasi. Hubungan Wi-Fi ini boleh dilakukan dalam jarak sehingga 300 kaki dari lokasi Hotspot tersebut.
***rujukan dari (http://www.compserv.sabah.gov.my/)